Toh Puan Norlidah (lima dari kiri) bersedia untuk memulakan kayuhan di garisan permulaan sebelum dilepaskan oleh Norliza.
KOTA KINABALU: Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni mengetuai 300 peserta berbasikal dalam acara KK City Fun Ride.
Kayuhan sejauh 50km itu dilepaskan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Norliza Awang Alip di Padang Merdeka, Kota Kinabalu seawal jam 7.00 pagi.
Toh Puan Norlidah mengetuai konvoi kayuhan melalui empat perhentian (checkpoint) bermula dari Menara Kinabalu sebagai perhentian pertama dan Tanjung Lipat sebagai perhentian terakhir sebelum ke garisan penamat di Padang Merdeka.
Program berkenaan merupakan salah satu acara yang diadakan sempena sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu yang ke-23.
Turut menyertai kayuhan KK City Fun Ride, Setiausaha Perhubungan Yang di-Pertua Negeri, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.