Tun Juhar (dua dari kanan) menerima cendera kenangan daripada Syeikh Dr. Youssef
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat penceramah agama kelahiran Lubnan, Syeikh Dr. Youssef Muhoeddine El-Bakhour Al-Hasani.
Syeikh Youssef Muhoeddine yang merupakan pakar bidang kajian perbandingan fiqh Hanafiah dan mazhab-mazhab lain serta pemikiran Islam mengadakan kunjungan terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, bersama-sama rombongan Pertubuhan Nadi Khidmat Wanita Sabah, pada Rabu.
Beliau telah mengadakan beberapa siri tausiyah dan tazkirah dalam Program Ziarah Mahabbah Sabah antaranya di Universiti Malaysia Sabah dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu masing-masing pada Isnin dan Selasa lalu.





























