Nancy (tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Harapan Negeri Sabah kepada Chrisnadia Sinam (dua dari kiri).
KOTA KINABALU: Wanita tidak boleh dipisahkan dengan ilmu dan kemahiran kepimpinan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM), Datuk Nancy Shukri berkata, jika golongan wanita tidak berilmu dan tiada kepimpinan, akan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.
“Peranan wanita kini semakin meluas dan mencabar bukan hanya menjaga keluarga dan anak-anak, malah sebuah generasi,” katanya semasa merasmikan Hari Wanita Antarabangsa Sabah Tahun 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyesn Sabah (SICC), pada Sabtu.
Majis yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Bumiputra Sabah (IKSNITA) tersebut turut menyaksikan 23 Anugerah Hari Wanita Antarabangsa disampaikan oleh Nancy kepada para pemenang yang terpilih.
Di samping itu, Nancy turut menyarankan agar para wanita mendapatkan pertolongan dan nasihat sekiranya memerlukan.
“Saya nasihatkan agar sayangi diri dan dapatkan bantuan kerana anda berhak sihat, gembira, tenang dan berhak atas keputusan sendiri.
“KPWKM ada menyediakan bantuan dan kaunseling untuk memperkasakan wanita bagi persediaan menghadapi cabaran seperti diskriminasi di tempat kerja, gangguan seksual, penderaan emosi, fizikal dan ketidakadilan,” katanya.
Turut hadir, Presiden IKSNITA, Datuk Dayang Khatijah Datuk Bachtiyal; Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng.































