Keadaan di lokasi kebakaran awal pagi itu. – Ihsan Bomba
SANDAKAN: Kira-kira 90 rumah atas air musnah dijilat api di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, di sini, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 pagi.
Katanya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran walaupun berdepan cabaran seperti tekanan air rendah dan kediaman yang terletak berdekatan antara satu sama lain.
Menurut beliau, terdapat lebih 100 rumah di kampung air itu dan pihak bomba tidak dapat menggunakan air laut untuk memadamkan kebakaran kerana air surut.































