Redonah (berdiri belakang, lima dari kanan) bergambar kenangan bersama murid-murid tadika yang tamat prasekolah.
KOTA MARUDU: Aktiviti gotong-royong dapat memberi penghayatan kepada masyarakat kampung mengenai banyaknya nilai-nilai positif seperti semangat kesukarelawan dan bekerjasama.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, program bergotong-royong ini bukanlah untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa kampung ini tidak bersih atau sebagainya.
Jelas beliau, program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat supaya sama-sama bekerjasama untuk memelihara alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak Kerajaan sahaja memikul tanggungjawab tersebut.
“Kesanggupan menjalankan kerja-kerja kebajikan serta sifat bantu membantu tanpa mengira kaum, latar belakang dan taraf hidup masing-masing.
“Program ini dalam usaha ke arah mewujudkan kesedaran dan perasaan bertanggungjawab terhadap keselamatan, kebersihan dan keindahan kemudahan yang disediakan di kawasan mereka adalah amat perlu,” katanya pada Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Persekitaran anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kampung Lotong, di sini.
Sementara tu, Redonah turut menyampaikan sijil tamat tadika pada Hari Graduasi dan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada tiga buah tadikan iaitu Tadika Sukacita SIB Kondopi, Tadika Anugerah PCS Lotong dan Tadika Harapan PCS Togudon Kota Marudu.
Dalam majlis itu, beliau meminta ibu bapa pembelajaran bermula dari rumah itu sendiri dan dengan itu ibu bapa merupakan pendidik pertama bagi seorang anak.
Jelasnya, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anaknya agar mereka dibesarkan dalam suasana yang penuh kasih sayang dan harmoni. Luangkanlah masa yang berkualiti bersama anak-anak, bermain dan daya kreativiti mereka untuk meningkatkan lagi imaginasi.
Tegasnya, peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak sangat penting untuk pembentukan sahsiah anak-anak kita kerana ibu bapa rapat dengan para ibu bapa di samping ibu bapa itu sendiri adalah ‘role model’ terbaik atau contoh yang terbaik dengan anak-anak kita sendiri. Ibubapa juga perlu berusaha untuk menabung serta mengajar anak kita dengan membantu pertumbuhan anak-anak agar menjadi insan yang cemerlang.





























