KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan sistem percukaian akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja menaik taraf komponen elektrikal seperti jadual yang berikut:

Ini elaras dengan usaha menambahbaik mutu serta kualiti perkhidmatan percukaian dalam talian, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“HASiL amat memahami masalah yang mungkin timbul sekali gus ingin memohon maaf kepada pembayar cukai atas sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi berikutan pengumuman gangguan perkhidmatan ini.
“Sokongan dan kesabaran para pembayar cukai bagi membolehkan HASiL melaksanakan aktiviti penyenggaraan ini yang dijangka memberi nilai tambah kepada perkhidmatan percukaian amat dihargai,” katanya.
Walau bagaimanapun, para pembayar cukai masih boleh mendapatkan maklumat percukaian melalui Portal Rasmi HASiL melalui pautan https://www.hasil.gov.my/.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas





























