KOTA KINABALU: Sabah merekodkan dua kes Covid-19 har ini, turun tiga kes berbanding kelmarin (5), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,890 kes.
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 10 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,617 orang.
Manakala 126 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah dua orang di ICU/repurposed critical care,” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.





























