KOTA KINABALU: Sabah melaporkan lima kes baharu Covid-19 hari ini, turun satu kes berbanding kelmarin (5), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,888 kes.
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah tiga (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,607 orang.
Manakala 122 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah dua orang di ICU/repurposed critical care,” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.





























