Antara menu menarik yang bakal ditawarkan dalam ramadhan buffet SICC.
KOTA KINABALU: Menu Rahmah Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) akan diperkenalkan menjelang Ramadan ini.Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn Bhd, Datuk Rosmawati Lasuki berkata bagi menyahut dan menyokong usaha kerajaan, SICC menawarkan menu berharga serendah RM5, RM10 dan RM 12 bermula 31 Mac hingga 21 April.
“Penganjuran Borneo Mega Raya Fest 2023 pada tarikh tersebut selaras konsep Malaysia Madani kerana SICC sentiasa peka dan mengambil kira semua aspek bagi memastikan pengunjung yang kurang berkemampuan datang membeli-belah di sini,” katanya semasa Sidang Media A Taste of Asian Ramadan Dinner Buffet, pada Isnin.
Bufet Ramadhan SICC bermula pada jam 5 petang hingga 12 tengah malam menyajikan 700 menu hidangan pelbagai hidangan seperti menu diraja, selera kampung, masakan Asean dan pelbagai pencuci mulut.

Rosmawati semasa Sidang Media.
Tambah beliau, pilihan bufet Ramadhan kali ini juga telah memilih menu tradisi ibunda pelbagai kaum seperti ambuyat dengan harga RM138 untuk dewasa, RM118 warga emas dan RM78 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.





























