Mayat tanpa pengenalan diri ditemukan terdamparndi pesisir Pantai Lagenda di Pekan, Pahang. – Ihsan Bomba
PEKAN: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di pesisir Pantai Lagenda di sini, kira-kira pukul 8.05 pagi kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon yang melaporkan tentang penemuan mayat tersebut.
“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki berkaitan perkara tersebut.
“Hasil siasatan awal, tiada sebarang pengenalan diri ditemukan bersama mayat berkenaan dan kita sudah meminta bantuan unit forensik ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Pahang untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul pukul 9 pagi.
Katanya, pihak bomba dihubungi menerusi pusat gerakan operasi bagi membantu susulan penemuan mayat tanpa pengenalan diri tersebut.



























