KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan satu kes baharu Covid-19 hari ini, turun tujuh berbanding kelmarin (8), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,839 kes.
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah dua (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,576 orang.
Manakala 120 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah satu orang di ICU/repurposed critical care,” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.































