Shahelmey (kiri) menerima cendera kenangan yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid Daerah Putatan, Kahar Mohd Zain.
Kota Kinabalu: Umat Islam diseru mengimarahkan aktiviti-aktiviti Karnival Munajat Cinta Vol. 1.0.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata pelbagai aktiviti berbentuk keagamaan dilaksanakan di perkarangan Masjid Daerah Putatan antaranya Haflah Al-Quran, Bicara Perdana bertajuk ‘Munajat Cinta’, Qiamullail Perdana dan Kuliah Subuh Istimewa.
“Program tiga hari yang bermula Jumaat sehingga Ahad itu turut menganjurkan Ceramah Wanita Muslimah, Malam Kesenian Islam, Pertandingan Khat, Pertandingan Muazzin Cilik, persembahan silat dan lagu-lagu nasyid.
“Perbanyakkan selawat kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana bagindalah kita menjadi umat Islam yang berguna,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Karnival Munajat Cinta Vol. 1.0 di pada Jumaat.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Yahya Hussin; Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul dan Pegawai Daerah Putatan, Mokhtar Hussin.