Idris Abdullah
KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah mengesahkan berita berkaitan penangkapan pegawai dan anggota polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang difailkan di Tawau.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, seramai lapan orang anggota polis ditahan yang terdiri dari empat orang pegawai kanan polis dan empat orang pegawai rendah polis.
Kesemua mereka ditahan dan direman berkuatkuasa tujuh hari, katanya dalam satu kenyataan semalam.
“PDRM telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman dan PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana ianya masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan.
“Pihak media juga dipohon agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan tentang isu keselamatan dan kes ini lebih bersifat pribadi.
“Kes ini masih di peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan,” kata beliau.





























