KOTA MARUDU: Bomba membantu memindahkan empat mangsa banjir iaitu pasangan warga emas dan dua kanak-kanak perempuan dari kampung Lugu di sini ke pusat pemimdahan sementara (PPS) Dewan Saint Theresa pagi ini. (gambar)
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah, pasukan bomba diketuai Komander Operasi, PBK II KUP Marcilus Junus dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS 999 pada jam 11.20 pagi.
Operasi ditamatkan pada jam 11.40 pagi.































