Christina (tengah) menyantuni peniaga di Pasar Malam Jejantas Segama di saksikan Noorliza.
KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew meninjau aktiviti perniagaan di Pasar Malam Terbuka Tahun Baharu Cina 2023.
Beliau yang diiringi Mayor Dewan Bandaraya kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip juga sempat bertanya khabar dengan pengunjung serta peniaga di Jalan Segama, pada Jumaat.
Pasar malam sama turut diadakan di Jalan Tun Fuad Stephen, selain Foh Sang yang beroperasi sejak Khamis mulai jam 1 petang hingga 12 tengah malam bagi memudahkan orang ramai khususnya kaum Cina untuk mendapatkan berangan keperluan sempena sambutan tahun baharu itu.



























