Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman. – Ihsan Bomba
SEMPORNA: Sebanyak 17 buah rumah jenis tidak kekal atas air musnah dalam satu kebakaran di Kampung Bangau-Bangau, di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna bersama jentera, diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP) Badre Alkap bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.20 pagi menerusi talian MERS 999.

Mereka dibantu oleh pasukan bomba dan jentera dari BBP Semporna dan BBP Kunak.
Pemadaman kebakaran dilakukan dengan menggunakan dua aliran, 200 kaki dan dua pancutan sumber air terbuka.

Keadaan air laut yang cetek menyukarkan anggota untuk ke lokasi kejadian dan terpaksa berjalan sejauh 150 meter dari bot.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.58 pagi dan setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 11.15 pagi.































