KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Perindustrian yang juga ADUN Luyang, Ginger Phoong Jin Zhe telah mengarahkan agar semua pihak yang terlibat berusaha sedaya upaya untuk memastikan masalah bangunan Star City di sini yang telah terbengkalai lebih 15 tahun dapat diselesaikan secepat mungkin.
Katanya, beliau telah meminta laporan yang terperinci dibawa kepadanya dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian setelah membuat lawatan ke tapak bangunan tersebut selepas mesyuarat Jemaah Menteri Sabah petang tadi.
Semasa lawatan tersebut beliau telah diberikan taklimat dari Sabah Urban Development Corporation (SUDC) mengenai status bangunan tersebut dan berkenaan perancangan pembangunan semula yang dicadangkan pada tahun 2019.
“Ini menjadi keutamaan tugas saya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Semua orang di Kota Kinabalu tahu bangunan yang terbiar ini sudah menjadi “eyesore” dalam bandar kita,” katanya dalam ciaoan di Facebooknya hari ini.





























