Hajiji menerima watikah pelantikan Canselor UCSF daripada Mohd. Yaakub, sambil disaksikan oleh Dr. Rafiq.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dilantik sebagai Canselor University College Sabah Foundation (UCSF), baru-baru ini.
Beliau menerima watikah pelantikan daripada Pengerusi Badan Pengelola dan Lembaga Pengarah universiti itu, Datuk Mohd. Yaakub Johari dan disaksikan oleh Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris.
Gulamhaidar menerima watikah pelantikan Pro-Canselor UCSF daripada Datuk Mohd. Yaakub.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar pula dilantik sebagai Pro-Canselor UCSF.
UCSF adalah kolej universiti kategori IPTS dan milik penuh Yayasan Sabah yang didaftarkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2014.
UCSF menawarkan program pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda untuk rakyat negeri ini.