KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 12 kes baharu Covid-19 hari ini, turun lima kes berbanding kelmarin (17).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun sampel ujian jauh lebih banyak hari ini, yakni 1,497 berbanding 933 kelmarin tetapi kadar positiviti yang rendah (0.80%) memastikan angka jangkitan berada pada tahap yang rendah.
Katanya, tujuh daerah mencatatkan jangkitan baharu, iaitu Tuaran 4 kes, Kota Kinabalu 2 kes, Penampang 2 kes dan masing-masing 1 kes di Beaufort, Kota Marudu, Tambunan dan Tenom.
“Tidak ada jangkitan direkodkan di 20 daerah sepanjang 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Daripada 12 kes yang dilaporkan hari ini, 10 kes adalah dalam Kategori 2, manakala masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4.
Jumlah kes mengikut daerah:
Tuaran 4 (3)
Kota Kinabalu 2 (2)
Penampang 2 (5)
Beaufort 1 (0)
Kota Marudu 1 (0)
Tambunan 1 (0)
Tenom 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (2)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Papar 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (1)
Ranau 0 (0)
Sandakan 0 (2)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tawau 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 03/01/2023)
Kluster Baharu
Tiada































