Keadaan motosikal dan Perodua Axia yang berlanggar di Tuaran petang tadi. – Ihsan Bomba
KOTA KINABALU: Tiga orang cedera dalam dua kemalangan berasingan di Tuaran dan Sandakan hari ini.
Dua daripada mereka iaitu lelaki berusia 18 dan 19 tahun dilaporkan cedera apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia di jalan raya Kampung Labuaya, Tuaran, petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.16 petang menerusi talian MERS 999.

Pasukan EMRS Bomba membantu kedua-dia mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Tuaran.
Sepasukan anggota bersama jentera, diketuai Komander Operasi, PBKII Hasmaddy Agum dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak dua kilometer dari BBP.
Operasi ditamatkan pada jam 4.52 petang.
Sementara itu, di SANDAKAN, seorang wanita berusia 36 tahun mengalami cedera ringan apabila kereta Perodua Alza yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Vigo di Jalan Sungai Gum-Gum 2, Batu 16.

Keadaan Perodua Alza dan Hilux Vigo yang terlibat dalam kemalangan di Sandakan.
Panggilan kecemasan diterima pada jam 7.13 pagi menerusi talian MERS 999 dan sepasukan anggota bersama jentera, diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP) Shmri Sapin dari BBP Sandakan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 24 kilometer dari BBP.
Mangsa yang cedera ringan diberikan rawatan oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi manakala pemandu Vigo itu iaitu seorang lelaki berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan untuk meastikan keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.06 pagi.































