Masiung (dua dari kanan) menerima cendrakenangan dari Nelson sambil disaksikan oleh Mohd. Fauzi (tengah) pada majlis tersebut.
TONGOD: Menduduki kerusi Ahli Majlis Daerah bukanlah menjadi satu kebanggan, tetapi mereka yang dilantik hendaklah mampu menghasilkan budaya kerja kelas pertama, kata ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah.
“Kita tidak mahu melihat barisan Ahli Majlis Daerah kali ini hanya sekadar memanaskan kerusi mesyuarat, tapi perlu menjadi perancang utama membangunkan gerak kerja cemerlang,” katanya pada majlis angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Tongod 2023-2025 dan penyerahan tugas Pegawai Daerah baharu di Dewan Majlis Daerah di sini, kelmarin.
Masiung mahukan prestasi cemerlang Majlis Daerah yang lalu dapat dikekalkan oleh barisan ahli baharu kali ini.

Masiung (kiri) menyampaikan watikah perlantikan kepada, kepada Tokyo @ Hashim Othman sambil disaksikan oleh Nelson dan Mohd. Fauzi.
Katanya, walaupun Majlis Daerah Tongod baru diwujudkan pada 2018 tetapi sehingga kini organisasi tersebut telah berjaya mengumpulkan dana melebihi RM3 juta.
Seramai 18 orang pemimpin masyarakat pelbagai latar belakang telah dilantik menduduki kerusi Majlis Daerah Tongod untuk tempoh dua tahun berakhir April 2025.
Sementara itu, Pegawai Daerah baharu, Nelson Domil Oluk, dijangka melapor diri bertugas pada Isnin ini.
Beliau menggantikan, Haji Mohd. Fauzi Norbi yang dinaikkan pangkat di Jabatan Ketua Menteri Sabah.





























