KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kes, turun tujuh kes berbanding kelmarin (8), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,797 kes.
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 13 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,517 orang.
Manakala 130 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah tiga orang di ICU/repurposed critical care manakala satu orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.





























