KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 14 kes baharu Covid-19 hari ini, naik dua kes berbanding kelmarin (12).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kadar positiviti naik kepada 2.10 peratus daripada 1.40 peratus semalam manakala jumlah sampel ujian pula turun kepada 666 berbanding 858 sebelumnya.
Katanya, enam daerah merekodkan jangkitan baharu yang didahului oleh Papar dan Tuaran, masing-masing dengan 4 kes, begitu juga di Kota Kinabalu dan Sandakan dengan 2 kes, serta masing-masing 1 kes di Sipitang dan Tawau.
“Tidak ada jangkitan baharu direkodkan di 21 daerah lain dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Kesemua 14 kes yang dilaporkan adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.
Jumlah kes mengikut daerah:
Papar 4 (2)
Tuaran 4 (1)
Kota Kinabalu 2 (2)
Sandakan 2 (2)
Sipitang 1 (0)
Tawau 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Penampang 0 (4)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (1)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 31/12/2022)
Kluster Baharu
Tiada





























