Pelajar SMK Tenom yang menerima sumbangan.
TENOM: Penyampaian sumbangan peralatan alat tulis kepada lebih 900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi Program Jelajah Singkawaton selesai dilaksanakan dengan jayanya dari 16 hingga 20 November.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berharap sumbangan itu dapat membantu para pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan dengan lebih baik serta meningkatkan keyakinan mereka.
Program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom dan Jamawi itu turut bertujuan meningkatkan semangat serta motivasi calon menjelang peperiksaan.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program jelajah berkenaan.
Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Tenom, SM Chung Hwa, SM St Anthony, SMK Kemabong, SMK Entabuan dan SMK Chinta Mata.































