Masidi menerima cenderamata daripada Deledda (lima dari kiri).
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah yang diketuai Presidennya, Dr Deledda Tan, bersama rombongan di pejabatnya.
Dalam kunjungan itu, mereka membincangkan usaha memperkukuh peranan PKS sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi negeri, selain meneliti peluang dan cabaran yang dihadapi usahawan tempatan dalam mengembangkan perniagaan.
Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menyambut baik usaha berterusan Persatuan PKS dalam menyokong kepentingan komuniti perniagaan serta pembangunan ekonomi Sabah.






























