Masidi (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada Jubair.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Komuniti Eko-Pelancongan Mukim Kibbas-Tambiau yang diketuai Pengerusinya, Jubair Juhinin bersama rombongan di pejabatnya, di sini, hari ini.
Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut serta komitmen komuniti berkenaan dalam memperkukuh pembangunan eko-pelancongan yang mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Sementara itu, Jubair merakamkan penghargaan kepada Masidi kerana mengambil perhatian terhadap aspirasi dan keperluan Komuniti Eko-Pelancongan Mukim Kibbas-Tambiau.
Beliau berkata, sokongan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh infrastruktur dan kemudahan berkaitan amat penting bagi membantu usaha komuniti memperkasakan sektor eko-pelancongan di kawasan berkenaan.
Jubair berharap kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh bagi membangunkan lebih banyak produk eko-pelancongan dan hasil tempatan yang berdaya saing serta memberi manfaat kepada penduduk.
































