KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah (SHAREDA), diketuai Presidennya Datuk Johnny Wong Chen Yee bersama rombongan di pejabatnya di sini hari ini.
Dalam kunjungan itu, Masidi diberi taklimat mengenai perkembangan semasa sektor hartanah dan perumahan di Sabah, termasuk peranan serta sokongan SHAREDA dalam membantu Kerajaan Negeri memperkasa pembangunan dan pertumbuhan sektor berkenaan.
Beliau menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap kerjasama antara Kerajaan Negeri dan SHAREDA dalam sektor berkenaan dapat terus diperkukuh.






























