Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah diminta menyiasat segera berhubung dakwaan kes buli yang melibatkan murid di sebuah sekolah di negeri itu, dua tahun lalu.
PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah diminta menyiasat segera berhubung dakwaan kes buli yang melibatkan murid di sebuah sekolah di negeri itu, dua tahun lalu.
Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian tidak berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan buli kerana ia perlu dibanteras di semua peringkat.
“Pada waktu sama, saya menyeru ibu bapa atau penjaga murid terlibat untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan kepada JPN Sabah atau pihak polis supaya ia boleh disiasat dan diambil tindakan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook, hari ini.
Semalam, tular hantaran yang dimuat naik oleh aktivis sosial, Mohd. Fadli Salleh mengenai beberapa gambar pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah.
Kejadian yang berlaku pada Jun, 2023, didedahkan oleh bapa mangsa sendiri yang kecewa kerana tidak mempunyai sumber kewangan untuk memfailkan tindakan saman terhadap pelaku.
































