Haji Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa tarikh 2 April 2025 akan menjadi hari kelepasan am tambahan bagi Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, keputusan ini dibuat berikutan ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang jatuh pada hari Ahad, 30 Mac 2025.
Seperti yang ditetapkan, hari berikutnya sepatutnya menjadi hari kelepasan am.
“Namun, jika hari tersebut juga merupakan cuti umum, maka Kerajaan Negeri menetapkan 2 April 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan.
“Keputusan ini selaras dengan peruntukan dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan (Bab 56), yang memperuntukkan penetapan cuti umum tambahan bagi negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


































