Tun Musa diiringi oleh Hajiji bersalaman dengan masyarakat Islam yang menghadiri Majlis Sambutan Istiqbal Nuzul Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M di Masjid Negeri Sabah hari ini.
Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Haji Musa Aman dan Toh Puan Hajah Faridah Tussin.
Musa turut menyampaikan sumbangan tunai kepada seramai 30 orang asnaf sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Tun Musa diiringi oleh Hajiji menyampaikan sumbangan tunai kepada golongan asnaf sempena Majlis Sambutan Istiqbal Nuzul Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M.
Pengisian sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ialah majlis khatam dan doa khatam Al-Quran Perdana, Gema Wahyu Illahi oleh Ustaz Wahyu Andi Saputra dan Tazkirah Khas oleh Ustaz Zul Ramli.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ruslan Muharam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong dan isteri masing-masing.



























