Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Dr. Huang
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan perpisahan daripada Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Huang Shifang di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Dr. Huang akan mengakhiri perkhidmatannya di Sabah pada akhir bulan ini setelah berkhidmat hampir tiga tahun di Sabah.
Hajiji mewakili Kerajaan Negeri menzahirkan terima kasih kepada Huang atas perkhidmatan beliau sebagai Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu.


































