Pemain Manchester United, Lisandro Martinez (kanan) menjaringkan gol tunggal menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London hari ini.
LONDON: Ruben Amorim akhirnya mampu menarik nafas lega walaupun masih mahu anak-anak buahnya memperbaiki lagi mutu permainan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, jaringan Lisandro Martinez membantu menambah baik rekod Amorim yang sebelum ini hanya mencatat empat kemenangan daripada 12 perlawanan Liga Perdana sejak menyertai United.
Kemenangan itu membolehkan United mendaki ke tangga 12 dan agak selesa dengan 13 mata di atas tiga kelab tercorot.
“Bukan perlawanan yang hebat dan anda sendiri mengetahuinya. Kami cuba mengawal permainan dan bermain cara kami, namun banyak yang perlu diperbaiki lagi.
“Apa yang penting ialah kemenangan kerana ia memberi keyakinan. Apa pun kami tidaklah berdepan kesukaran besar pada hari ini dan itu petanda baik. Ia bukan sahaja soal kemenangan tetapi juga cara bertahan,” kata Amorim.
Dalam satu lagi perlawanan, Leicester meletakkan kedudukan pengendali Tottenham Hotspurs, Ange Postecoglou dalam bahaya selepas menang 2-1.
Kekalahan Spurs itu merupakan yang keenam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka sekali gus meletakkan pasukan itu jatuh ke tangga 15 liga, hanya lapan mata memisahkan dengan tiga pasukan terbawah.
Kedudukan itu meletakkan risiko Spurs terjerumus ke zon penyingkiran, namun jurulatih dari Australia itu yakin skuad bimbingannya yang dibelenggu pemain yang cedera akan berjuang habis-habisan untuknya.
Keputusan
Aston Villa 1-1 West Ham
Cry Palace 1-2 Brentford
Fulham 0-1 Manchester United
Tottenham 1-2 Leicester































