Pemain-pemain Newcastle United meraikan jaringan Alexander Isak dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga menentang Arsenal di Stadium Emirates, London.
LONDON: Newcastle mengorak langkah kanan untuk menghampiri perlawanan akhir Piala Liga selepas jaringan Alexander Isak dan Anthony Gordon membantu pasukan itu memperoleh kemenangan berharga 2-0 ke atas Arsenal dalam aksi separuh akhir pertama hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, The Magpies yang tidak pernah memenangi gelaran telah menunggu lama sejak 1969 untuk meraikan tofi kejuaraan besar.
Pada perlawanan itu, Isak yang dianggap penyerang yang sedang meningkat naik di England pada masa ini membuka jaringan sebelum kedudukan mendahului itu semakin kukuh melalui jaringan Gordon.
Sementara Arsenal akan berdepan dengan kesukaran untuk memadamkan defisit kelebihan Newcastle apabila kedua-dua pasukan bertemu untuk aksi kedua sebelum penentuan ke final menentang pemenang antara Tottenham dan Liverpool.
“Kemenangan ini besar maknanya tetapi ini baru babak pertama. Kami kena berusaha keras lagi, jika tidak kemenangan ini tidak mempunyai makna,” kata Isak.


































