SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Haji Musah (tiga dari kiri) dan isteri menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Krismas Pegawai Akhbar kepada Ketua Menteri, Liaw Sin Kuang (dua dari kiri) di kediamannya di Kampung Perpindahan, dekat sini Rabu.
Tetamu lain yang hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Datuk Mohd. Nazri Abdullah (empat dari kiri), Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sabah, Lahirul Latigu, Ahli Majlis Daerah Sipitang, Hashim Diris (duduk,dua dari kanan) dan Encik Lee Chun Kuang (kanan) serta Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Sipitang, Sani Miasin.
Matbali berkata, kunjungannya sempena Krismas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan Lumadan bagi mengukuhkan perpaduan dan kebersamaan bersama rakyat.






























