Kesebelasan utama Malaysia ketika berdepan Thailand dalam perlawanan ketiga Piala ASEAN 2024, pada 14 Disember.
PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui dia bersama pemainnya mengharungi minggu yang sukar dalam usaha mereka memperjuangkan nasib bagi merangkul kejuaraan Piala ASEAN 2024.
Menurut Utusan Malaysia, kritikan bertubi-tubi yang diterima Harimau Malaya berpunca daripada prestasi pasukan sepanjang kejohanan tersebut telah meletakkan anak-anak buah Pau Marti dalam tekanan.






























