KUNDASANG: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat
Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Hajah Juliah Salag menyantuni 77 kanak-kanak termasuk 10 pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ranau, pada Majlis Jamuan Hi-Tea sempena sambutan Hari Krismas di Hotel Perkasa Kundasang, di sini, hari ini.

Kanak-kanak terbabit adalah dari Rumah Kanak-Kanak Don Bosco seramai 35 orang
manakala 12 dari Tadika Tunas Pelita Don Bosco dan masing-masing 10 kanak-kanak
dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan serta DUN Paginatan.

Ini adalah program kali kedua MUTIARA GRS sempena sambutan Krismas dengan kali ini memilih kanak-kanak di kawasan luar bandar untuk sama-sama bergembira meraikan perayaan itu.

Sambutan yang sama telah diadakan di Rumah MUTIARA GRS pada tahun 2023.
Turut hadir, isteri Timbalan Ketua Menteri II dan ADUN Kundasang, Datin Seri Linda Ewit yang juga Naib Yang Dipertua II merangkap Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA GRS.


































