Penyerang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringan penalti yang diambilnya dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Girona pagi tadi.
GIRONA: Liverpool mengesahkan tempat ke dalam saingan 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Girona dalam perlawanan pagi ini hasil jaringan penalti Mohamed Salah.
Menurut Utusan Malaysia, Liverpool yang memulakan kempen cemerlang di bawah pengendalinya, Arne Slot telah mencatat kemenangan dalam semua enam perlawanan setakat ini, terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas saingan berbekalkan kelebihan lima mata meninggalkan Inter Milan di tempat kedua.
Gergasi England itu bagaimanapun tidak mengecapi kemenangan itu dengan mudah walaupun Girona yang mencatat lima kekalahan setakat ini berada di kedudukan bahaya untuk tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara musim ini.
Pasukan yang menamatkan lapan tangga teratas akan terlepas daripada pusingan tambahan playoff.
“Jika anda tanya saya tentang enam perlawanan sebelum ini, saya gembira dengannya, namun saya tidak berpuas hati dengan corak permainan pada hari ini. Kami tidak menguasai bola dengan baik, mungkin pada babak kedua keadaan bagus sedikit. Saya cuba positif dengan situasi itu,” katanya mengulas permainan anak-anak buahnya.
Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker yang kembali bermain selepas dua bulan berehat akibat kecederaan beraksi cemerlang.
Dalam pada itu, Girona yang kehilangan beberapa pemainnya yang dibelenggu kecederaan masih mampu memberi saingan hebat kepada pelawat menerusi gandingan dua penyerannya, Bryan Gil dan Yaser Asprilla.
Sementara itu, satu lagi wakil England, Aston Villa turut mengikut jejak Liverpool apabila menewaskan wakil Jerman, RB Leipzig 3-2 untuk mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga Eropah tersebut.
Selain itu, gergasi Jerman, Bayern Munich mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Shakhtar Donetsk manakala Real Madrid menamatkan musim yang sukar dengan kemenangan 3-2 ke atas Atalanta.
KEPUTUSAN
Liverpool 1-0 Girona
Real Madrid 3-2 Atalanta
Bayern Munich 5-1 Shakhtar Donetsk
Aston Villa 3-2 RB Leipzig
Club Brugge 2-1 Sporting Lisbon
PSG 3-0 RB Salzburg
Leverkusen 1-0 Inter Milan
Brest 1-0 PSV
Dinamo Zagreb 0-0 Celtic


































