(Dari kiri) Enzo Fernandez, Levi Colwill dan Malo Gusto meraikan kemenangan Chelsea menewaskan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris di London, hari ini.
LONDON: Chelsea bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum menewaskan Tottenham 4-3 sekali gus merapatkan jurang empat mata dengan pendahulu Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, Dominic Solanke dan Dejan Kulusevski meletakkan Spurs selesa di depan seawal minit ke-11, namun Jadon Sancho bingkas dengan jaringan gol untuk mengurangkan defisit.
Chelsea kembali menghangatkan saingan apabila Cole Palmer menyamakan kedudukan dengan jaringan penalti pada minit ke-61 dan Enzo Fernandez memastikan The Blues menguasai kedudukan perlawanan 12 minit kemudian.
Palmer kemudian mengukuhkan kedudukan Chelsea dengan jaringan penalti sebelum Son Heung-min menghadiahkan gol buat Spurs ketika perlawanan hampir tamat.
Kemenangan itu membolehkan Chelsea mengumpul 31 mata selepas mengharungi 15 perlawanan, meninggalkan Arsenal dengan kelebihan dua mata. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Fulham 1-1 Arsenal
Ipswich 1-2 Bournemouth
Leicester 2-2 Brighton
Tottenham 3-4 Chelsea


































