Pemain Newcastle, Fabian Schar (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di St James’ Park, pagi ini.
NEWCASTLE: Kemenangan Liverpool dalam tujuh perlawanan berturut-turut terhenti selepas Fabian Schar menyumbat gol penyamaan Newcastle untuk perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3 pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, anak-anak buah Arne Slot semakin hampir mencapai kemenangan selepas Mohamed Salah menjaringkan gol keduanya ketika permainan hampir tamat, namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Schar menghukum Reds atas kesilapan penjaga gol, Caomin Kelleher.
Newcastle sebelum lebih awal mendahului permainan apabila Alevander Isak menjaringkan gol sebelum pelawat menyamakan kedudukan menerusi Curtis Jones.
Tuan rumah kembali menunjukkan dominasi menerusi jaringan Anthony Gordon, namun Salah muncul penyelamat dengan jaringannya ke-15 dalam musim ini untuk menyamakan kedudukan.
Keputusan seri itu menyebabkan Liverpool terpaksa pulang dengan satu mata dan ini merupakan kali pertama sejak seri 2-2 dengan Arsenal pada 27 Oktober lalu.






























