Pemain pertahanan Arsenal, William Saliba meraikan jaringan kedua menentang Manchester United di Emirates, pagi tadi.
LONDON: Arsenal mempamerkan permainan sempurna apabila mengatasi Manchester United 2-0 sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada Ruben Amorim dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Emirates pagi ini.
Kemenangan itu turut menguatkan lagi kedudukan anak-anak buah Mikel Arteta untuk menekan Liverpool yang terpaksa berkongsi mata dengan Newcastle United selepas menamatkan perlawanan lebih awal dengan terikat 3-3.
United bermain baik pada babak pertama, namun tuan rumah memecah kebuntuan menerusi jaringan awal Jurrien Timber sebelum William Saliba menghukum pelawat dengan gol kedua.
Kemenangan itu membolehkan Arsenal berada di tangga ketiga liga di belakang Chelsea dengan dibezakan dengan jumlah gol serta ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.
Pada perlawanan pagi tadi, United jelas berdepan dengan masalah di bahagian serangan walaupun menguasai bola.
KEPUTUSAN
Arsenal 2 – 0 Man United
Aston Villa 3 – 1 Brentford
Everton 4 – 0 Wolves
Man City 3 – 0 Nottingham Forest
Newcastle 3 – 3 Liverpool
Southampton 1 – 5 Chelsea
































