Alejandro Garnacho menggayakan aksinya selepas menjaringkan gol pertama Manchester United menentang Bodo dalam saingan Liga Europa di Old Trafford pagi ini. United menang 3-2.
MANCHESTER: Rasmus Hojlund menjaringan dua gol ketika membantu Manchester United mencatat kemenangan 3-2 ke atas kelab Norway, Bodo/Glimt sekali gus memberi kemenangan pertama di bawah kendalian pengurus baharu Ruben Amorim di Old Trafford.
Sebelum itu, Alejandro Garnacho meletakkan tuan rumah di depan seawal permainan selepas penjaga gol lawan, Nikita Haikin melakukan kesilapan.
Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Hakon Evjen bingkas menyamakan kedudukan pada minit ke-19 sebelum Philip Zinckernagel meletakkan tuan rumah dalam tekanan selepas menyumbat gol kedua empat minit kemudian.
Hojlund bagaimanapun kembali menghidupkan peluang United apabila menyempurnakan gol penyamaan sebelum perlawanan berhenti rehat dan kembali meletakkan penguasaan tuan rumah pada minit ke-50.
Amorim yang sebelum ini memberitahu falsafah permainan yang diperkenalkannya memerlukan masa melakukan enam pertukaran sejak anak-anak buahnya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Ipswich Town dalam saingan liga domestik lalu.
Ini termasuklah menurunkan Tyrell Malacia buat pertama kali sejak kali terakhir beraksi pada musim 2022/23.
Dalam pada itu, Tottenham Hotspur seri 2-2 dengan wakil Itali, Roma.
KEPUTUSAN
Lazio 0-0 Ludogorets
AZ Alkmaar 1-1 Galatasaray
Qarabag 1-4 Lyon
Dynamo Kyiv 1-2 Viktoria Plzen
Athletic Bilbao 3-0 Elfsborg
Anderlecht 2-2 Porto
Besiktas 1-3 Maccabi Tel Aviv
Rigas FS 0-2 PAOK
Man United 3-2 Bodo/Glimt
Tottenham 2-2 Roma
Slavia Prague 1-2 Fenerbahce
Real Sociedad 2-0 Ajax
Sporting Braga 3-0 Hoffenheim
Ferencvaros 4-1 Malmo
Midtjylland 1-2 Eintracht Frankfurt
Nice 1-4 Rangers
Twente 0-1 Union St-Gilloise
FCSB 0-0 Olympiakos


































