Dr. Joachim (tengah) menerima cendera kenangan jersi bola tampar daripada Pengerusi Kelab Anak Muda sebelum pertandingan bola tampar bermula.
RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyatakan sokongan penuh terhadap usaha belia dan beliawanis dalam menganjurkan aktiviti sukan yang mampu mengeratkan silaturrahim dalam kalangan mereka.
Beliau menekankan kepentingan meneruskan aktiviti seperti ini bagi memperkukuh hubungan antara belia serta membuka ruang untuk berkongsi idea dan pandangan.

Dr. Joachim menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Bola Tampar peringkat daerah Ranau.
Timbalan Ketua Menteri itu berucap merasmikan Pertandingan Bola Tampar peringkat Daerah Ranau, yang diadakan di Gelanggang Bola Tampar Kampung Lobou Timbua baru-baru ini.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Penganjur, Rienddy Wadin, serta semua pihak yang telah berusaha menjayakan acara tersebut.

Dr. Joachim menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.
Sebanyak 14 pasukan belia dan beliawanis dari daerah Ranau mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Sementara itu, Penaung dan Penasihat Kelab Anak Muda, Sharin Mujin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Joachim atas sumbangan yang diberikan kepada pertandingan tersebut.

Linda turut menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.
Beliau juga berharap belia-beliawanis di daerah itu memperoleh manfaat daripada peruntukan yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini, agar mereka tidak lagi perlu berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.

Dr. Joachim (tengah) bergambar kenangan dengan semua yang hadir dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.
Pada sebelah petang, Dr. Joachim turut merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.
Pengerusi penganjur kejohanan tersebut, Hapsin Maimin, menyampaikan penghargaan kepada Dr. Joachim atas sumbangan piala untuk pertandingan itu, selain kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan.

Dr. Joachim (kiri) menyempurnakan perasmian jambatan gantung baharu Kg Lobou Timbua sambil disaksikan oleh semua yang hadir.
Pada hari yang sama, Dr. Joachim juga merasmikan sebuah jambatan gantung baharu di Kampung Lobou Timbua.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Linda Ewit; Setiausaha Politik, Yubidi Gompoyo; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang, Dounis Sani; serta beberapa pemimpin tempatan yang lain.

Dr. Joachim merakamkan gambar kenangan dengan semua yang turut serta dalam majlis perasmian jambatan gantung baharu itu.
































