Haji Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memberikan pemberian khas sebanyak RM1000 seorang kepada lebih kurang 13,000 pesara perkhidmatan awam negeri.
Beliau berkata, pembayaran pemberian khas ini akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri, bulan Mac depan.
Beliau mengumumkan ini semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) Ke-47 di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah, di sini, hari ini.
“Dalam pembentangan belanjawan lalu, hanya penjawat awam yang mendapat bonus. Saya rasa tidak adil untuk tidak memberi bonus kepada pesara kerajaan negeri yang telah berkhidmat bakti kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya.
































