Ruslan Muharam
KOTA KINABALU: Kerajaan tiada cadangan untuk membina Pangkalan Polis Marin di daerah Sipitang kerana bentuk muka bumi yang tidak sesuai iaitu pantai yang terlalu landai, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.
Beliau berkata, perairan Sipitang adalah dalam kawasan tanggungjawab Markas Operasi Pasukan Polis Marin Labuan yang jarak hanya lebih kurang 2.5 batu nautika bersamaan 41 km iaitu 40 minit perjalanan menggunakan bot laju.
Beliau menjawab soalan lisan daripada Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Dr. Yusof bertanya adakah Kerajaan bercadang untuk membina Pangkalan Marin di Sipitang memandangkan ada keperluan untuk pembangunan Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) yang sudah beroperasi dengan kedudukan Sipitang bersempadan dengan Sarawak dan berjiran dengan Labuan dan Brunei.


































