PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri tersebut.
Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dalam kenyataan media hari ini memaklumkan, siasatan awal berhubung aduan tersebut telah membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang disyaki terlibat isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.
Setakat ini, lima orang ADUN telah dipanggil untuk dirakam percakapan, dan siasatan masih giat dijalankan.
SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh.


































