Erling Haaland (dua dari kiri) menjaringkan gol menentang Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Etihad, hari ini.
LONDON: Erling Haaland membantu Manchester City menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan gol tunggal kemenangan menewaskan Southampton 1-0 manakala Aston Villa dikecewakan Bournemouth selepas terikat 1-1.
Menurut Utusan Malaysia, Haaland sebelum ini tidak menjaringkan gol dalam tiga perlawanan, memecah kemarau jareingan pada babak pertama permainan di Stadium Etihad.
Kemenangan itu sudah cukup untuk meletakkan pasukan Pep Guardiola di tangga pertama, berbekalan dua mata mengatasi Liverpool di tangga kedua yang akan memintas kedudukan itu jika mereka menang pada perlawanan menentang Arsenal malam ini.
KEPUTUSAN
Aston Villa 1 Bournemouth 1
Brentford 4 Ipswich 3
Brighton 2 Wolves 2
Everton 1 Fulham 1
Man City 1 Southampton 0






























