Hajiji (lima dari kanan) bergambar bersama pelajar Sabah dan wakil mereka selepas menerima tawaran BKNS Ke Luar Negara Tahun 2024.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024 kepada 5 orang pelajar Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Mereka ialah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan – University College Dublin, Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia – University of Manchester, United Kingdom (UK)), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer – Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang – Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar – Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).
BKNS Ke Luar Negara ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi
keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif yang juga Exco Pendidikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman, Pengarah Bahagian BKNS, Emas Sanjongan Datu Okar dan Ahli Jawatankuasa BKNS.
Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya.
































