Pasukan bola sepak wanita Sabah ketika menjalani latihan menjelang aksi pertama kelayakan menentang kelab Nepal, APF Club, semalam. – Ihsan FB Bola Speak Wanita Sabah
PETALING JAYA: Pasukan bola sepak wanita Sabah bakal membuka tirai saingan kempen Liga Juara-juara Asia Wanita (AWCL) 2024 dalam aksi kelayakan pertama, hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, selepas muncul juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023, pasukan Sang Badak sekali gus layak ke AWCL, namun perlu melepas dua wakil Asia, APF Club (Nepal) dan FC Nasadf (Pakistan) untuk bergelar juara Kumpulan C.
Lebih manis, kempen kali ini Sabah berjaya membawa masuk dua pemain import yang terdiri daripada pemain kebangsaan, Intan Serah dan Steffi Sidhu.
Pengalaman serta kemahiran dua pemain ini, ianya bakal memberi permainan yang mantap menerusi penampilan sulung Sang Badak di AWCL.
Selain Steffi dan Intan, Sabah mempunyai tiga pemain import dari Jepun dan Myanmar iaitu, Misaki Nakayama, Eri Narita dan Win Theingi Tun.
Jika Sabah menjuarai kumpulan C dalam aksi kelayakan ini sekali gus memberi satu sinar harapan baru bagi perkembangan bola sepak wanita tempatan.
Sabah dijadualkan akan menentang APF pada pukul 8 malam ini di Stadium Likas.


































