Dua peserta konvoi membersihkan cermin ahdapan kenderaan.
MEMBAKUT: Tayar salah sebuah kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 yang pancit, segera ditukar oleh peserta konvoi, Ag Limudin Ag Hassan pada hari ketiga penjelajahan.
Selain memastikan kenderaan selamat, aspek presentasi dan kebersihan kesemua kenderaan konvoi juga perlu diberi perhatian.
Konvoi KMJG hari ini menempuh perjalanan singkat 58km dari lokasi penginapan ke Daerah Membakut untuk Majlis Perasmian Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.
Selepas itu, konvoi dijadual bergerak ke Pantai Pimping bagi Program Jiwa Komuniti Madani Kg Pimping, sebelum menyertai Linsuk Mini Fest Sempena KMJG 2024 dan bermalam di Kuala Penyu.
































