KOTA KINABALU: Sabah International Blue Economy Conference 2024 (SIBEC 2024) yang sepatutnya diadakan 2 hingga 4 September 2024 ditunda ke 19 hingga 20 Oktober 2024.
Ini dimaklumkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri, dalam kenyataan hari ini.
SIBEC 2024 akan diadakan selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan majlis perasmian SIBEC 2024 pada 19 Oktober 2024.
Antara pengisian SIBEC 2024 adalah investor insight, sidang plenary, forum interaktif dan sesi khas ambassador talks dengan melibatkan Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kejayaan berasaskan ekonomi biru di negara masing-masing.
Seramai 29 speaker dan panel forum dari dalam dan luar negara yang terdiri dari pemain industri, pengamal ekonomi biru, ahli akademik terlibat semasa SIBEC 2024.
SIBEC 2024 dijangka dihadiri oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Selain itu, semasa SIBEC 2024 juga di adakan pavilion yang mempamerkan inisiatif, teknologi terkini, inovasi setiap sektor atau komponen Ekonomi Biru dari dalam dan luar negara.
Maklumat lanjut mengenai SIBEC 2024 boleh diperolehi melalui portal https://blueeconomy.sabah.gov.my/ / SIBEC 2024.
































